-==[ R2-BANSER ]==-

About me


======================================================================================
I'am Muhamad Usman
======================================================================================
Profesi : Swasta dalam bidang Teknologi Informatika
Alamat sekarang : Jl. Dongbiru Raya Genuk - Semarang.
Contact : www.flashjackz.blogspot.com

======================================================================================
Terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi Blogger saya, semoga content - content yang saya sajikan bisa bermanfaat untuk anda semua .
Pesan : "If you can dream it, then you can make it happen - Jika Anda dapat memimpikannya, maka Anda dapat mewujudkannya"


======================================================================================


Rabu, 16 Desember 2009

Sejarah Islam

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah yaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.